Definisi kecemasan adalah situasi di mana terdapatnya sesuatu perubahan yang berlaku kepada pesakit secara tiba-tiba dan ini memerlukan intervensi perubatan atau surgikal segera.

Definisi emergency medical service adalah sistem perkhidmatan perubatan kecemasan adalah satu jawatankuasa kecemasan yang dibentuk untuk memberi penjagaan kecemasan.Tujuan EMS adalah untuk mengkoordinasikan kakitangan, alat-alat dan kemudahan-kemudahan dalam pemberian perkhidmatan kecemasan.

Pendidikan untuk orang awam tentang komponen-komponen EMS adalah cara meminta bantuan perkhidmatan kecemasan, pemberian rawatan kecemasan sebelum ketibaan, persediaan pengangkutan, memberi rawatan CPR terlebih dahulu, menjaga kanak-kanak mangsa, mengutamakan kesihatan dan keselamatan dan mengetahui rawatan kecemasan sendiri di rumah. Komunikasi adalah sangat penting apabila terdapatnya kecemasan. Bagaimanakah menaktifkan sistem EMS ? Pager, sistem radio. Rawatan kecemasan di tempat kejadian akan diberikan oleh orang yang berdekatan sementara menunggu pasukan penyelamat. Pasukan penyelamat akan menghubungi pihak hospital untuk bersedia menerima mangsa. Pengangkutan - ambulans yang dipasang dengan berbagai alat-alat seperti defribillator. Orang awam boleh menggunakan kenderaan awam contoh taxi atau kenderaan sendiri. Rawatan di unit kecemasan hospital merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan iaitu kakitangan pasukan kecemasan, alat-alat rawatan, ubat-ubat, katil pesakit, tempat menunggu, penyiasatan darah, prosedur kemasukan ke wad, perkhidmatan helicopter, perkhidmatan polis, unit kecil seperti minor O.T. Latihan berterusan dan terkini seperti CPR asas dan lanjutan, mock disaster dan fire drill untuk pegawai-pegawai kecemasan. Organisasi dan struktur yang diketuai oleh pengarah hospital dan perkhidmatan diberi oleh doktor, medical assistant, jururawat dan jurupandu. Penilaian dan penyelidikan adalah tentang mengenalpasti kekuatan dan kelemahan EMS, membentuk panduan-panduan untuk memperbaiki perkhidmatan EMS, penyelidikan dijalankan ke atas berbagai aspek EMS seperti CPR, ubat-ubatan, penjagaan kecemasan, rawatan dan lain-lain. Merancang dan mengatur persekitaran kemalangan dan kecemasan iaitu kawasan triage dimana keadaan pesakit akan dinilai dan beliau akan mendapat rawatan mengikut keadaan dan mangsa yang tenat diperiksa oleh doktor dengan segera. Terdapat kawasan resusitasi yang khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Alat-alat yang terdapat disini adalah defibrillator, oksigen, IV, cecair IV, ubat-ubatan, ECG, oksigen. Kawasan major atau general medicine adalah untuk pesakit yang perlu direhatkan atas katil atau troli. Terdapat masalah surgikal atau perubatan yang perlu penyiasatan dan kemungkinan kemasukan ke wad. Kes-kes adalah seperti fraktur, dislokasi, laserasi, yang perlu jahitan.Kawasan minor adalah untuk pesakit tidak perlu diperiksa segera. Kawasan pediatrik adalah khas untuk kes-kes pediatrik. Kawasan obstetric adalah untuk ibu-ibu yang tidak sempat ke bilik salin. Kawasan psikiatrik adalah untuk yang cuba membunuh diri. Pesakit memerlukan rawatan oleh pakar psikiatri, pekerja kebajikan.